Berita UtamaDunia

Pejabat Pelaburan Abu Dhabi akan dibuka di Tel Aviv

Tindakan UAE cetus kemarahan, dianggap pengkhianatan terhadap perjuangan Palestin

DUBAI, 29 Muharram 1442H, Khamis – Pejabat Pelaburan Abu Dhabi (ADIO) – dikendalikan kerajaan – akan membuka pejabat pertamanya di luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Tel Aviv.

“Tel Aviv adalah yang pertama dalam rangkaian pejabat antarabangsa – yang akan menyokong syarikat yang mahu memperluas operasi mereka di Abu Dhabi.

“Dan untuk menghubungkan inovator dari seluruh dunia bagi menyelesaikan cabaran global,” kata Pejabat Media Abu Dhabi menerusi kenyataan di Twitter, semalam.

Pembukaan pada Selasa itu berikutan normalisasi hubungan antara UAE dan negara penjajah Israel.

ADIO dan pelaburan di Israel – sebahagian daripada kementerian ekonomi – bersetuju mengenai kerjasama pelaburan dua hala pada dua minggu lalu .

Terdahulu, Israel menormalkan hubungan dengan Bahrain dan UAE pada satu majlis di Rumah Putih.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Bahrain serta UAE memeterai persetujuan bagi mewujudkan hubungan diplomatik penuh dalam satu majlis yang dihiasi dengan bendera-bendera di Rumah Putih.

Keputusan UAE dan Bahrain itu telah memecahkan konsensus selama berdekad-dekad di dunia Arab bahawa perjanjian damai dengan Palestin adalah prasyarat untuk menjalinkan hubungan bersama Israel.

Di Gaza, penunjuk perasaan memijak serta membakar gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu; Raja Bahrain, Hamad Isa Al-Khalifa; dan pemerintah de facto UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan.

Pegawai Islamik Jihad di Gaza, Ahmad al-Medalal menegaskan bahawa normalisasi itu adalah pengkhianatan total terhadap perjuangan Palestin dan harapan bangsa Arab. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close