Berita Utama

PEMBELA tak boleh dijual beli dengan wang, jawatan!

'Kami bukan proksi kepada mana-mana parti mahupun politikus'

BANGI, 29 Muharram 1442H, Khamis – Pertubuhan Pembela-Pembela Islam Malaysia (PEMBELA) menyelar pandangan pihak yang menyangka pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mudah dijual beli dengan wang dan jawatan.

Membidas perkara berkenaan, pertubuhan itu menyatakan bahawa PEMBELA terdiri daripada NGO-NGO yang berjuang mahu menegakkan agenda dan objektif perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Berilah apa jawatan dan wang sumbangan sekali pun, kami tidak akan berdiam diri kerana kami bukan proksi mana-mana parti mahupun politikus. 

“Buktinya? Kami konsisten sejak zaman Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN),” tegasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook, hari ini.

PEMBELA merupakan gabungan NGO-NGO Islam yang telah menggerakkan pelbagai inisiatif ‘semak dan imbang’ dalam negara sejak 2006.

Ia membawa suara Melayu dan Islam serta tidak menjadi proksi kepada mana-mana parti

“Kami adalah suara yang mewakili orang Melayu yang sebenar, merentasi segala jalur fahaman politik kepartian,” kata pertubuhan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button