Berita UtamaDunia

Bawa penumpang COVID-19, Dubai gantung penerbangan Air India Express

Selama 15 hari berkuat kuasa 18 September hingga 2 Oktober

NEW DELHI, 30 Muharram 1442H, Jumaat – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai menggantung penerbangan Air India Express selama 15 hari bermula Jumaat hingga 2 Oktober, didakwa melanggar peraturan dengan membawa penumpang yang disahkan positif COVID-19 sebanyak dua kali, sejak beberapa minggu lalu, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai.

Menurut pihak berkuasa itu, membawa penumpang positif COVID-19 ketika pendemik adalah menjadi kesalahan dan melanggar prosedur serta protokol yang ditetapkan berkaitan perjalanan keluar dan masuk lapangan terbang di Emirate Dubai.

“Oleh itu, semua operasi Air India Express ke Lapangan Terbang Dubai ditangguhkan buat sementara waktu selama 15 hari, berkuat kuasa dari Jumaat, 18 September hingga 2 Oktober,” demikian kenyatan komunikasi dari Lembaga Penerbangan Awam Dubai.

Mengikut peraturan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), setiap penumpang yang melakukan perjalanan dari India perlu membawa sijil negatif COVID-19 ujian RT-PCR asal yang dibuat 96 jam sebelum perjalanan.

Syarikat penerbangan berkenaan juga diminta mengemukakan rancangan mengenai langkah akan diambil untuk menangani perkara itu atau pelaksanaan prosedur yang terperinci bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan membolehkan penerbangannya ke Dubai disambung semula. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button