Berita UtamaIstimewa

Lebih 70 projek mega dikuasai syarikat-syarikat besar China?

Jangan sampai negara terjual hingga terjajah semuanya

BANGI, 30 Muharram 1442H, Jumaat – Malaysia perlu ditadbir dengan lebih berhati-hati supaya tidak dijarah sehingga hilang kedaulatannya kepada kuasa besar China.

Justeru, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menggesa pemimpin negara untuk mendahulukan agenda agama, bangsa dan masa depan negara. 

Jika tidak katanya, kita bakal menyaksikan negara terjual sedikit demi sedikit sehingga terjajah keseluruhannya.

Beliau berkata, lebih 70 projek mega yang menelan belanja sehingga RM700 bilion sedang berjalan pesat di seluruh negara dikuasai oleh syarikat-syarikat besar China.

“Siapakah yang kuasai projek Melaka Gateway? Siapakah yang kuasai projek-projek mega di Iskandar Puteri seperti Forest City yang menelan berbilion ringgit?

“Siapakah yang kuasai projek pelabuhan Kuantan? Siapakah yang sedang mengaut keuntungan berbilion ringgit daripada lombong-lombong emas di Pahang dan Kelantan?

“Siapakah yang kuasai projek ECRL? Siapakah yang diberikan lesen pembinaan Xiamen University di Sepang yang akan menampung 10,000 mahasiswa dari China?,” soalnya.

Persoalan sama turut dibangkitkan Dr Zainur Rashid terhadap projek mendalamkan sungai di Pahang selama 40 tahun, di mana hasil seumpama thorium dibawa pulang ke China.

Beliau berkata, kebimbangannya bukan hanya kepada kebanyakan projek besar berkenaan, bahkan terhadap ke mana hilangnya ratusan ribu pelancong China ke negara ini yang dilaporkan tiada rekod keluar dari Malaysia.

“Apa tindakan kita dengan pencerobohan oleh kapal pengintip dan kapal armada China di Laut China Selatan?,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button