Berita UtamaIstimewa

Portal bahasa Mandarin: Maaf cakap, ini kerja bodoh!

Tak faham bahasa Melayu, etnik Cina berada di China atau Malaysia?

BANGI, 30 Muharram 1442H, Jumaat – “Apa jadahnya SPRM mewujudkan portal dalam bahasa Mandarin?

“Tindakan ini amat memalukan selaku sebuah institusi besar kerajaan, yang mempunyai tiang bangunan yang lain daripada yang lain di dunia, begitu panjang dan tinggi yang mencerminkan hebatnya institusi ini.”

Demikian bidas pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal berbahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Beliau menegaskan, sama ada etnik Cina tahu atau tidak peranan SPRM, itu tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

“Semua rakyat mesti menyahut seruan negara, termasuk memahami bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

“Kenapa SPRM perlu membazir wang dan tenaga untuk menyediakan portal dalam bahasa Mandarin?

“Tidakkah lebih baik, wang dan tenaga itu digunakan bagi tujuan yang lebih besar maknanya seperti melakukan kajian kenapa setelah lebih 60 tahun merdeka, etnik Cina masih tidak lagi boleh berbahasa Melayu dengan baik? Mereka berada di negara China atau Malaysia?,” soalnya menerusi catatan di Facebook.

Beliau turut mempersoalkan sama ada SPRM selepas ini perlu menyediakan portal dalam bahasa Tamil atas alasan yang sama diikuti dengan bahasa etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Maaf cakap, ini kerja bodoh! Jika beginilah sikap kita, sampai kiamat pun, orang bukan Melayu (Bumiputera) tidak akan berusaha untuk mempelajari bahasa kebangsaan ini.

“Saya tidak boleh bayang bagaimana pemikiran sebegini boleh berlaku dalam negara yang mempunyai bahasa kebangsaan yang sedia termaktub dalam Perlembagaan (Perkara 152).

“Saya ingatkan SPRM akan menyediakan portal dalam Jawi sebagai mengangkat kedudukan Jawi dan Islam, sebagai agama Persekutuan. Rupanya, lain pemahaman SPRM,” katanya.

Serentak itu, Prof Ridhuan Tee menyarankan SPRM merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung perkara ini.

“Saya saran SPRM supaya menggunakan wang dan tenaga portal tersebut untuk mengkaji kenapa etnik Cina terus meneruskan merasuah pihak berkuasa bagi mendapatkan bisnes (perniagaan) dan tender, tanah-tanah Musang King, tanah rizab, dan sebagainya. Saya bersedia untuk lakukan kajian.

“Tindakan menyediakan portal dalam bahasa Cina tidak akan menghentikan mereka merasuah pihak berkuasa.

“Yang paling sedih, pemberi rasuah bebas. Manakala, penerima rasuah (penjawat awam), meringkuk dalam penjara dan mendapat malu satu keturunan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button