Dunia

Sejak 2011 konflik Syria korban 860 kakitangan kesihatan

87.1 peratus pusat kesihatan dibom rejim Bashar al-Assad, Russia

DAMSYIK, 30 Muharram 1442H, Jumaat – Hampir 860 kakitangan kesihatan terbunuh dan lebih 3,350 ditahan atau hilang sejak perang saudara di Syria pada tahun 2011, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan. 

Jaringan Syria untuk Hak Asasi Manusia (SNHR) merekodkan kematian 857 kakitangan kesihatan, termasuk 652 yang dibunuh rejim Bashar al-Assad dan sekutu pengganas asing yang disokong Iran, sementara serangan Russia meragut 69 nyawa.

Selain itu, 36 kematian lagi disebabkan kumpulan pengganas Daesh, 13 dibunuh gabungan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS), 31 orang menjadi mangsa pengganas YPG.  

Seramai 31 kakitangan kesihatan lagi dibunuh pasukan pembangkang Syria dan 50 lagi dibunuh oleh pihak yang tidak dikenali, kata NGO itu.

SNHR berkata, sekurang-kurangnya 3,353 pekerja kesihatan ditahan atau hilang secara paksa termasuk 3,327 yang ditangkap oleh pasukan rejim.

Sejak Mac 2011, kemudahan kesihatan di seluruh Syria disasarkan dalam 862 serangan pengeboman dan sebahagiannya rosak akibat serangan berhampiran.

Menurut laporan, 87.1 peratus pusat kesihatan di negara konflik itu dibom oleh rejim Bashar al-Assad dan Russia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button