BANGI, 30 Muharram 1442H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal berbahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya itu.
Menurut SPRM, portal tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Sehubungan itu, SPRM berharap dengan kemudahan terbaharu ini, ia dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah di samping menyebarluas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/