Berita Utama

Haji Aminuddin dilantik Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall

Watikah pelantikan disampaikan dalam Majlis Jalinan Ukhwah Rakan Strategik Malakat Mall

CYBERJAYA, 1 Safar 1442H, Sabtu – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya secara rasmi dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall.

Watikah pelantikan itu disampaikan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim dalam Majlis Jalinan Ukhwah Rakan Strategik Malakat Mall, semalam.

Turut dilantik untuk jawatan yang sama ialah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Manakala, Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat pula dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Agama Malakat Mall.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Haji Aminuddin bersama Ustaz Masridzi menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Penasihat Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Turut dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat KoPPIM ialah Timbalan Pengerusi PEMBELA, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Setiausaha Agung Muafakat, Mahmud Hishamuddin.

Sementara, Mohd Fadzil yang terkenal dengan jolokan Pendekar Ekonomi Islam turut menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Kehormat Majlis Penasihat Ekonomi KoPPIM.

Kesemua watikah pelantikan bagi jawatan dalam KoPPIM bagi tempoh 2020 hingga 2022 itu disampaikan oleh Pengerusi KoPPIM, Datuk Nadzim Johan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button