Berita Utama

PEMBELA bangga pembangunan pesat pusat beli belah Malakat Mall

Teruskan sokong kempen BMF tak kira di mana anda berada!

CYBERJAYA, 1 Safar 1442H, Sabtu – Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian terkini gedung perniagaan yang mengutamakan produk Bumiputera dan muslim, Malakat Mall. 

Beliau berkata, Malakat Mall kian pesat membangun, mencapai kejayaan-kejayaan yang luar biasa serta sentiasa dipenuhi pengunjung.

“Tahniah kepada pengurusan Malakat Mall atas kerja keras yang sangat mengagumkan bagi membangunkan dan menguruskan pusat membeli belah ini. 

“Malakat Mall adalah milik kita semua, iaitu pusat tertumpunya ekonomi umat Islam. Jom berkunjung ke Malakat Mall dan berbelanja di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan lawatan kerja pertubuhan bukan kerajan (NGO) Islam dan selaku anggota majlis penasihat ke Malakat Mall. 

Pada masa sama, beliau berharap supaya pengguna di seluruh negara untuk tetap menyokong Kempen Beli Produk Muslim (BMF) tidak kira di mana jua mereka berada.

“Kepada yang menetap jauh daripada kawasan sini, diharapkan agar terus dengan momentum beli produk muslim,” katanya.

Malakat Mall disasarkan membuka sebanyak 100 cawangan dan 5,000 cawangan Malakat Grocer 812.

Ia bertujuan merealisasikan penguasaan 20 peratus ekonomi umat Islam di negara ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button