Berita Utama

Portal Mandarin: Apalah nasib bahasa Melayu?

Pembukaan portal jadi manifestasi perjuangan SJKC, vernakular

BANGI, 1 Safar 1442H, Sabtu – Kewujudan portal berbahasa Mandarin dalam perkhidmatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi manifestasi kepada kejayaan sistem Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan pendidikan vernakular di negara ini.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin nyata kesal dengan tindakan SPRM yang membelakangi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Beliau juga yakin para pejuang SJKC dan vernakular pastinya gembira dengan perkembangan terbaharu ini.

“Terkini, SPRM lancar portal mandarin. Apalah nasib bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negaraku Malaysia?,” soalnya dalam satu hantaran di laman Facebook.

SPRM melancarkan portal berbahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button