Berita UtamaDunia

Sah! 200 tahanan di Beirut positif COVID-19

Hospital digesa siap siaga lengkapkan alat perubatan

BEIRUT, 1 Safar 1442H, Sabtu – Kira-kira 200 tahanan di penjara Roumieh di sini, disahkan menghidap wabak COVID-19.

Presiden Order of Physician Lubnan, Charaf Abou Charaf dalam satu sidang media berkata, pihaknya bimbang jumlah kes wabak itu semakin meningkat.

Beliau berkata, hospital kerajaan dan swasta digesa untuk bersiap siaga dengan melengkapkan alat perubatan sekiranya kes jangkitan semakin bertambah.

Baru-baru ini, pihak keselamatan melaporkan bahawa sebanyak 22 kes telah disahkan di penjara Roumieh itu, termasuk 13 tahanan dan sembilan pengawal.

Media tempatan melaporkan seramai 4,000 tahanan yang ditempatkan di penjara sama sekali gus menimbulkan kritikan berikutan jumlah itu melebihi kapasiti yang sepatutnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button