Berita Utama

SSM tawar pengurangan kompaun 90 peratus sehingga 31 Disember

Bagi permohonan batal nama syarikat bawah Seksyen 549/550

KUALA LUMPUR, 1 Safar 1442H, Sabtu – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan pengurangan kompaun 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi permohonan pembatalan nama syarikat di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 bermula 17 Ogos hingga 31 Dis.

SSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar pengurangan kompaun 90 peratus itu terpakai kepada semua kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016).

“Di bawah inisiatif ini, syarikat dan pengarah syarikat yang telah memohon atau diambil tindakan pembatalan syarikat menurut peruntukan di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 layak mendapat pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus,” menurut kenyataan itu.

Semakan status kompaun boleh dibuat melalui permohonan emel di [email protected], menghubungi talian 03-22995334 dan secara dalam talian melalui pautan https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Link/e-Compound.aspx atau di portal ezBiz Online di pautan https://ezbiz.ssm.com.my serta di mana- mana pejabat SSM seluruh Malaysia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button