Berita UtamaDunia

Bekas PM Kanada meninggal dunia

Hanya bertugas selama 11 minggu pada tahun 1980

OTTAWA, 2 Safar 1442H, Ahad – Bekas Perdana Menteri Kanada, John Turner yang hanya menggalas jawatan utama negara itu selama 11 minggu pada tahun 1980, meninggal dunia pada usia 91 tahun, lapor media Kanada, semalam.

Turner berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-17 negara itu dan walaupun berada dalam jangka pendek sebagai pemimpin Parti Liberal pada tahun 1984, beliau menghabiskan beberapa dekad dalam politik persekutuan Kanada.

Turner mengambil alih tugas daripada Pierre Elliott Trudeau – bapa Perdana Menteri sekarang, Justin Trudeau – pada akhir bulan Jun 1984.

Pada saat itu, beliau sudah memegang jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Keadilan.

Beliau meletak jawatan sebagai pemimpin Liberal pada tahun 1990 dan digantikan oleh Jean Chretien, yang memimpin parti itu untuk menang pada tahun 1993. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button