Berita Utama

COVID-19: 52 kes baharu, Sabah terus catat kes tertinggi

Kes baharu libatkan 40 penularan tempatan, 12 import

KUALA LUMPUR, 2 Safar 1442H, Ahad – Jumlah kes baharu positif COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lepas kekal dua angka, namun meningkat kepada 52, dengan 36 daripadanya di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 10,219 kes dengan angka kematian kekal 130, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 734.

“Kes baharu tersebut melibatkan 40 penularan tempatan dan 12 kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa wabak COVID-19 hari ini.

Bagi kes penularan dalam negara, Dr Noor Hisham berkata ia melibatkan 26 warganegara Malaysia dan 14 bukan warganegara, makala kes import membabitkan tiga warganegara dan sembilan warga asing.

“Kes di Sabah melibatkan 27 daripada Kluster Benteng LD iaitu 15 warganegara dan 12 warga asing dan dua kes Kluster Selamat melibatkan dua warganegara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button