Dunia

COVID-19 di Indonesia terus meningkat, catat 3,989 kes baharu

105 kematian, pandemik merebak ke 34 wilayah di seluruh negara

JAKARTA, 2 Safar 1442H, Ahad – Kes jangkitan baharu COVID-19 di Indonesia terus meningkat hari ini, dengan 105 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Setakat hari ini, sebanyak 3,989 kes jangkitan baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 244,676. 

Angka korban juga meningkat kepada 9,553 orang setakat hari ini, kata kementerian itu. 

Seramai 2,977 orang juga telah dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan kes pulih setakat ini kepada 177,327.

Wabak pandemik itu kini merebak ke 34 wilayah di seluruh Indonesia. 

Dalam tempoh 24 jam, Jakarta merekodkan 1,138 kes baharu, Jawa Barat 427 kes, Jawa Timur 336 kes, Jawa Tengah 303 kes dan Riau 298 kes. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button