Dunia

India, Bangladesh setuju jalin kerjasama kawal sempadan

Sepakat perluas rondaan bersama elak serangan ke atas orang awam

DHAKA, 2 Safar 1442H, Ahad – Bangladesh dan India bersetuju untuk melancarkan operasi rondaan secara bersama bagi membendung sebarang insiden jenayah dan pembunuhan. 

Dalam satu kenyataan bersama semalam, kedua-dua negara itu bersepakat untuk memperluaskan rondaan bersama bagi mengelakkan insiden pembunuhan atau serangan di sempadan. 

“Kedua-dua pihak telah sepakat memperluaskan rondaan bersama, selain program kesedaran dan kegiatan pembangunan sosioekonomi bagi tujuan mengurangkan insiden serangan atau pembunuhan terhadap orang awam yang tidak bersenjata,” kata kenyataan itu. 

Pada masa sama, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendidik penduduk yang tinggal di kawasan sempadan mengenai undang-undang antarabangsa. 

Keputusan itu diambil selepas mengadakan persidangan selama empat hari yang dihadiri pasukan keselamatan sempadan kedua-dua negara itu di Dhaka.

Persidangan itu juga antara lain bersetuju untuk menukar maklumat berkaitan kes penyeludupan dan jenayah lain, termasuk membincangkan isu pengurusan kawat berduri di sempadan.

Menurut laporan pemerhati yang berpangkalan di Bangladesh pada Julai lalu, sekurang-kurangnya 25 orang awam Bangladesh terbunuh kerana diserang Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF) setakat pertengahan tahun ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button