Berita Utama

Ingat! Urusan rasmi kerajaan perlu guna bahasa Melayu: Shamrahayu

Semak semula Seksyen 3 Akta Bahasa Kebangsaan dengan segera

BANGI, 2 Safar 1442H, Ahad – Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu A Aziz menegaskan, semua urusan rasmi kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri hendaklah dilaksanakan dalam bahasa Melayu. 

Beliau berkata demikian susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini melancarkan portal dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Beliau menegaskan, Seksyen 3 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang membenarkan terjemahan dokumen rasmi dalam bahasa lain perlu disemak semula dalam kadar segera.

“Ini bagi membolehkan hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi tercapai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seksyen 3 Akta Bahasa Kebangsaan itu menyatakan bahawa ‘tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak Kerajaan mana-mana Negeri untuk menggunakan apa-apa terjemahan dokumen atau perutusan rasmi dalam mana-mana bahasa lain bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button