Berita UtamaDunia

Rejim Assad lancar serangan bom di kawasan terjejas gempa bumi

'Serangan yang benar-benar tidak berperasaan dan keji'

ALEPPO, 17 Rejab 1444H, Rabu – Rejim Bashar al-Assad mengebom kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi sejurus selepas bencana berlaku, menurut sumber Syria dan ahli politik Britain.

Ahli Parlimen Britain Alicia Kearns, yang mempengerusikan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar berkata, Presiden Bashar melancarkan ‘serangan yang benar-benar tidak berperasaan dan keji’ ke atas Marea, bandar di barat laut Syria yang terjejas akibat gempa bumi.

Sumber rejim yang ditempatkan berhampiran lokasi mengesahkan kejadian itu kepada Middle East Eye, berkata ‘tiada kerugian harta atau manusia susulan serangan.’

“Semua orang sibuk dengan bencana gempa bumi,” katanya.

Sumber awam berkata, serangan berlaku kurang dua jam selepas gempa bumi, yang setakat ini mengakibatkan kematian lebih 7,000 orang di seluruh Turkiye dan Syria.

“Saya mendengar bunyi beberapa peluru jatuh di pinggir kawasan sekitar jam 2 pagi,” kata sumber.

Mamoun al-Khatib, seorang aktivis yang berpangkalan di Marea, memberitahu MEE bahawa empat atau lima peluru telah dilepaskan di kawasan itu.

Rejim Syria – kira-kira lima kereta kebal dan kenderaan tentera lain – turut dikesan menuju ke wilayah Suweida, selatan Syria, pada pagi Isnin.

Setiausaha Luar Britain, James Cleverly menyifatkan serangan ke atas Marea sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

Di Syria, sekurang-kurangnya 1,834 telah terbunuh dan lebih 3,600 orang telah cedera sejak gempa bumi melanda. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button