Berita Utama

Malakat Mall jadikan tahfiz, pusat pengajian Islam rakan strategik

Keperluan harian institusi pondok disalur dari usahawan Bumiputera muslim

CYBERJAYA, 2 Safar 1442H, Ahad – Pondok tahfiz, pusat pengajian Islam dan institusi pengajian agama yang diusahakan oleh para ulama adalah antara rakan strategik utama pusat beli belah, Malakat Mall.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, mereka bersama gerakan untuk memperkasakan ekonomi umat Islam di negara ini.

“Misi kami ialah untuk memastikan wang yang dibelanjakan untuk keperluan harian termasuklah makan minum di institusi pondok dan pendidikan Islam ini tersalur daripada usahawan-usahawan dan produk-produk muslim. 

“Dari sini, segala apa yang dimakan dan diminum oleh anak-anak yang mengaji dan tenaga pengajar datangnya dari sumber yang benar-benar dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bukan itu sahaja, katanya lagi, aliran keuntungan itu juga dipastikan sampai ke peniaga pembayar zakat yang akhirnya menguntungkan umat Islam.

“Tahniah dan terima kasih kepada pengurusan Malakat Mall dan Casa De Madani untuk majlis yang saya kira sangat ‘high class’ ini bagi meraikan rakan-rakan strategik Malakat Mall. 

“Jom berbelanja ke pusat membeli belah milik kita semua. Sentiasa istiqamah dengan #KempenBeliProdukMuslim,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button