Berita Utama

Portal Mandarin: ANGKASA serah memorandum kepada Pejabat SPRM esok

Petisyen tuntut SPRM tutup portal Mandarin terima 11,000 tandatangan

BANGI, 2 Safar 1442H, Ahad – Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA) akan menyerahkan memorandum dan petisyen bantahan bagi menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup portal rasmi berbahasa Mandarin.

Penyerahan memorandum itu akan diketuai Ketua Unit Mobilisasi ANGKASA, Hazry Saimin di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya jam 10 pagi esok.

Dengan tema berpakaian ungu dan mewajibkan pemakaian pelitup muka, petisyen bantahan berkenaan akan diserahkan kepada Ketua Pengarah SPRM.

Semalam, BERJASA melancarkan petisyen mendesak SPRM menutup portal rasmi bahasa Mandarin dengan segera.

Petisyen yang dilancarkan di platform change.org itu kini telah mendapat lebih 11,000 tandatangan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button