Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

10 maut bangunan 3 tingkat di Mumbai runtuh

PM India ucap takziah, anggar lebih 20 mangsa masih terperangkap

MUMBAI, 3 Safar 1442H, Isnin – Sekurang-kurangnya 10 maut dan puluhan yang lain terperangkap selepas sebuah bangunan tiga tingkat berhampiran  Mumbai runtuh awal pagi tadi, menurut pegawai. 

Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF) berkata, dianggarkan 20 hingga 25 mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan yang berlaku di Bhiwandi – 40 kilometer dari Mumbai. 

Pasukan kecemasan NDRF telah membawa keluar 19 mangsa runtuhan termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan tujuh tahun.

“Jumlah kematian adalah 10 orang. Operasi menyelamat juga masih dijalankan,” kata Ketua NDRF, Inthape Pandit. 

Lebih 40 anggota kecemasan, termasuk sepasukan dari NDRF telah dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat. 

Difahamkan, insiden di bandar Bhiwandi itu berlaku kira-kira jam 3.40 pagi waktu tempatan, menurut pihak berkuasa. 

Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam kenyataan di Twitter menzahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada mereka terlibat, selain sedia menawarkan bantuan kepada mangsa. 

“Saya berdoa supaya mangsa cedera akan segera sembuh. Operasi menyelamat masih dijalankan dan bantuan akan diberi kepada yang terlibat,” katanya. 

Pada 2017, laporan Biro Rekod Jenayah Nasional menyatakan lebih 1,200 orang terbunuh dalam runtuhan bangunan di seluruh negara. 

Bulan lalu, 13 orang maut selepas bangunan lima tingkat runtuh di bandar perindustrian Mahad, selatan Mumbai. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button