Berita UtamaDunia

England kenakan denda lebih RM50,000 jika enggan kuarantin

PM beri bantuan sokongan kepada individu hilang sumber pendapatan

LONDON, 3 Safar 1442H, Isnin – Penduduk di England yang enggan mengasingkan diri untuk menghentikan penyebaran wabak COVID-19 boleh dikenakan denda sehingga £10,000  (RM53,291) – berdasarkan peraturan baru yang diumumkan untuk mengatasi lonjakan kes.

Peraturan itu berkuat kuasa mulai 28 September ini – khas untuk siapa saja di England yang positif COVID-19 atau mereka yang terbabit dalam pengesanan kontak – wajib  menjalani pengasingan diri.

“Mereka yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan denda yang tinggi,” kata Perdana Menteri, Boris Johnson dalam satu kenyataan.

Denda bermula daripada £1,000 (RM5,329) untuk kesalahan pertama dan akan meningkat menjadi £10,000 untuk kesalahan berulang.

Denda turut dikuat kuasakan ke atas majikan yang mengancam untuk memecat pekerja yang perlu kuaratin.  

Bagi pekerja berpendapatan rendah yang hilang pendapatan akan menerima bayaran sokongan £500 (RM2,664.53) di samping faedah beberapa faedah lain. 

“Walaupun orang ramai secara umumnya melakukan yang terbaik bagi mematuhi peraturan, saya tidak mahu ada yang rasakan tidak mampu untu lakukan kerana masalah kewangan,” kata Johnson.

Pada masa ini, orang yang mempunyai simptom atau ujian positif diminta untuk mengasingkan diri selama 10 hari.  

Mereka yang tinggal bersama seseorang yang mempunyai simptom atau ujian positif pula mesti mengasingkan diri selama 14 hari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button