Berita UtamaDunia

Petisyen bantah portal Mandarin cecah 13,000 tandatangan

ANGKASA telah serahkan memorandum, petisyen kepada pegawai SPRM

BANGI, 3 Safar 1442H, Isnin – Petisyen mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup segera portalnya dalam bahasa Mandarin kini mencecah hampir 13,000 tandatangan.

Setakat jam 11 pagi ini, seramai 12,600 telah menandatangani petisyen di platform change.org sejak dilancarkan dua hari lalu, bagi mendesak penutupan portal berkenaan.

Menurut petisyen itu, kewujudan portal SPRM dalam bahasa Mandarin adalah satu penghinaan terhadap identiti nasional watan rakyat.

“Sepatutnya kita yang mengaku sebagai warganegara Malaysia, menerima secara total bahawa kita perlukan sebuah identiti nasional yang satu untuk memastikan perpaduan dan keharmonian semua rakyat Malaysia.

“Kita mendesak agar pihak SPRM boleh menutup laman portal ini dengan segera. Kembalilah kepada asas Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pemerintah tidak seharusnya membenarkan ini berlaku sama sekali,” kata Ketua Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA (ANGKASA), Hazwan Mohamad.

Pagi ini, ANGKASA hadir ke ibu pejabat SPRM untuk menghantar memorandum dan petisyen bantahan tersebut.

Petisyen ini telah diserahkan kepada wakil pegawai SPRM yang seterusnya akan disampaikan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Terdahulu, SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin, bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, tindakan itu menerima kecaman ramai pihak yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar dan memalukan.

http://chng.it/4BwHhntpXY

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button