Berita Utama

Portal Mandarin: BERJASA beri tempoh dua minggu kepada SPRM

Tak perlu layanan khas, setiap warganegara patut faham bahasa Melayu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

PUTRAJAYA, 3 Safar 1442H, Isnin – Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA (ANGKASA), hari ini menyerahkan memorandum bantahan serta petisyen bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup portal bahasa Mandarin – yang didakwa seperti menghina identiti nasional. 

Ketua Biro Keusahawanan ANGKASA, Hazry Saimin berkata, memorandum yang diserahkan kepada pegawai SPRM yang kemudiannya akan disampaikan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki diterima baik sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya memberi masa dua minggu kepada SPRM untuk menyemak kembali tindakan mereka – dengan mengambil langkah yang lebih baik selepas ini.

“Jika dalam tempoh tersebut, mereka gagal untuk bertindak, kita sekali lagi akan menghantar memorandum,” tegasnya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bantahan ini bukan untuk kepentingan peribadi tetapi demi kesejahteraan generasi akan datang.

“Portal Mandarin sebegini akan mengganggu hubungan keharmonian bangsa, bukan sahaja ketika ini tetapi juga masa akan datang.

“Bahasa selain bahasa kebangsaan sepatutnya tidak diberikan layanan, supaya budaya tidak memahami bahasa kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia berjaya dihapuskan,” katanya.

Sementara itu, EXCO ANGKASA, Hanafi Muidnudin berkata, tujuan utama bantahan ini adalah mahu meneruskan agenda perjuangan identiti nasional.

“Mereka (bangsa Cina) sepatutnya faham bahasa kebangsaan. Kerana mereka adalah warganegara Malaysia, sepatutnya bukan orang Melayu sahaja yang faham bahasa Melayu, tetapi seluruh rakyat negara ini. 

“Sebagaimana rakyat negara lain boleh faham bahasa identiti mereka. Jadi kenapa perlu ada portal khas untuk bangsa ini?,” soalnya mempertikaikan tindakan SPRM mewujudkan portal bahasa Mandarin,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button