Berita UtamaDunia

Protes meletus di Mesir, tuntut el-Sisi berundur

Rakyat diajak tentang penindasan, ketidakadilan demi selamatkan negara

KAHERAH, 3 Safar 1442H, Isnin – Protes terhadap pemerintahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi kini meletus di seluruh Mesir.

Di Suez, Kafr El Dawwar, bandar di Delta Nil, Kaherah, Iskandariah dan Aswan, para penunjuk perasaan menuntut el-Sisi untuk berundur.

Berikutan serangan pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan, kediaman presiden di Aswan, Mesir Hulu dibakar.

Satu video tunjuk perasaan yang lain menunjukkan sebuah kereta polis berundur apabila penunjuk perasaan anti-Sisi melemparkan batu ke arahnya.

Di Al-Qanater, penunjuk perasaan berarak melalui jalan sempit untuk menghentikan mereka diserang oleh pasukan keselamatan.

Sementara di perkampungan Kadiya penunjuk perasaan Mesir memterbalikkan trak polis, berang kerana kerajaan merobohkan bangunan di sana.

Tunjuk perasaan itu adalah sebagai tindak balas kepada seruan yang dibuat oleh pemberi maklumat Mesir, Mohamed Ali supaya orang ramai turun ke jalan pada 20 September.

Di bawah tanda pagar (hashtag) yang pada waktu itu menjadi ‘trending’ nombor satu di Mesir, ‘keluar pada 20 September’ Ali meminta orang Mesir bersatu menentang penindasan dan ketidakadilan untuk menyelamatkan negara.

Di bawah rejim sekarang, ekonomi Mesir terus memburuk dan pelanggaran hak asasi manusia meningkat, ditambah dengan krisis coronavirus di negara itu yang ditangani oleh pihak berkuasa.

Ribuan rumah telah dirobohkan selepas kerajaan mendakwa mereka melanggar syarat bangunan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button