Berita Utama

Yayasan Ikhlas, BPMB serah 12,500 set PPE untuk frontliner Sarawak

Sumbangan dana melalui pemberian set PPE berjumlah RM700,000

KUCHING, 3 Safar 1442H, Isnin – Pertubuhan peduli dan prihatin, Yayasan Ikhlas dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah menyerahkan 12,500 set peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan para petugas yang berhadapan dengan virus COVID-19, di negeri itu.

Penyerahan PPE diterima oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Prof Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak, Pejabat Ketua Menteri, Tuan Daud Jailani, hari ini. 

Sebelum ini, sebanyak 5,000 set PPE yang turut ditaja BPMB telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menjadikan jumlah keseluruhan pengagihan set PPE sebanyak 17,500 bernilai lebih kurang RM 700,000.

Menurut Yayasan Ikhlas, dana ini adalah dana zakat daripada BPMB dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

“Yayasan Ikhlas mengajak penyumbang sama ada individu atau daripada syarikat bersama-sama kita bersatu hati dalam menjayakan usaha menghapuskan COVID-19. 

“Antara usaha yang boleh kita sama-sama lakukan ialah menyumbang bagi projek penghasilan PPE Yayasan Ikhlas. Semoga atas usaha ini, ia menjadi bukti ketika di hari kiamat kelak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Maybank Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228 atau klik billplz.com/yayasanikhlasmalaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button