Berita Utama
2 anggota keselamatan disyaki sogok wang ‘beli’ undi
Suspek didakwa jadi ‘orang tengah’ beri wang kepada pengundi
KOTA KINABALU, 4 Safar 1442H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu kerana dipercayai menerima sejumlah wang disyaki untuk ‘membeli’ undi bagi salah seorang calon parti politik.
Menurut sumber, kedua-dua suspek itu didakwa menjadi ‘orang tengah’ untuk memberikan wang tersebut kepada pengundi awal hari ini susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.
Kes berkenaan dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada SPRM setelah aduan diterima berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy mengesahkan penahanan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.