Berita Utama

Kenapa Saifuddin tak bantah kempen normalisasi LGBTQ!

Jadikan isu ini hikmah untuk pilih pemimpin di masa akan datang

BANGI, 4 Safar 1442H, Selasa – Pencabulan kedaulatan negara oleh golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ) semakin menjadi-jadi apabila berkempen menggunakan platform dalam talian dengan menggunakan tanda pagar #tetapbangga.

Presiden Kelab Mahasiswa BERJASA, Azrul Azham berkata, situasi yang berlaku hari ini iaitu usaha mereka mengatur strategi agenda normalisasi dalam minda anak muda kelihatan semakin berjaya.

Ini kerana, dakwanya, ia turut diangkat oleh politikus yang tidak bertanggungjawab dan pengecut dalam mempertahankan serta membebaskan watan ini daripada ideologi-ideologi sesat.

“Terbukti usaha ini disokong kuat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) setelah mereka mengiktiraf dan membenarkan bentuk trend ini diadakan di sosial media,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azrul menegaskan, KKMM selaku pihak yang mempunyai kuasa dan menjadi benteng pertama negara memilih untuk menerima kehadiran trend songsang seolah membenarkan ideologi tersebut untuk diaplikasikan di negara berdaulat ini.

Walhal, katanya lagi, KKMM memainkan peranan penting dalam menyajikan apa jua berita dan informasi dalam mahupun luar negara. 

“Saya menyeru kepada Datuk Saifuddin Abdullah agar meneliti kembali manfaat informasi dan segala bentuk trend sebelum diluluskan oleh KKMM.

“Pemimpin muslim berwibawa diperlukan untuk mengisi setiap penjuru aspek politik demi memacu negara ini berpandukan Perlembagaan yang selari dengan agama Islam.

“Jadikan isu ini sebagai hikmah untuk kita lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin yang akan membentuk negara ini pada masa akan datang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button