Berita Utama

Malaysia mahu perubahan pada PBB untuk tamatkan konflik

PBB gagal selamatkan beberapa generasi daripada sengsara perang

KUALA LUMPUR, 4 Safar 1442H, Selasa – Malaysia mahukan penambahbaikkan dan perubahan pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerana ramai yang masih menderita akibat konflik, yang masih berlaku di beberapa bahagian di seluruh dunia

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PBB boleh dikatakan gagal untuk menyelamatkan beberapa generasi pewaris daripada kesengsaraan akibat peperangan.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terus kekal sebagai satu-satunya institusi global yang kita anggap milik semua.

“Walaupun kita akui yang organisasi ini telah dengan agak baik dalam banyak perkara di sepanjang 75 tahun penubuhannya, terutamanya dalam mempromosikan pembangunan sosial dan ekonomi, kita perlu jujur dan mengakui yang PBB boleh dikatakan gagal menyelamatkan beberapa generasi pewaris daripada kesengsaraan peperangan,” katanya.

Muyhiddin berkata demikian ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 UNGA.

Ini merupakan ucapan sulung Muhyiddin di UNGA sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada Mac tahun ini. Mesyuarat ini dilaksanakan secara maya disebabkan pandemik COVID-19 dan ucapannya itu telah diprarakamkan di pejabatnya di Putrajaya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button