Berita Utama

#tetapbangga angkat LGBT, menteri perlu segera bertindak

Jangan gentar suara pelampau cabul ketelusan Perlembagaan negara

BANGI, 4 Safar 1442H, Selasa – Para menteri dan ahli politik diingatkan untuk tidak berdiam diri dengan kehadiran tanda pagar #tetapbangga yang tular di media sosial ketika ini kerana didakwa mengangkat golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ahli Mahasiswa BERJASA (WIBAWA), Ain Shahadon berkata, pemimpin berkenaan perlu menggunakan kuasa yang dimiliki untuk mengimplimentasi dasar-dasar negara dengan telus.

“Jangan gentar dengan suara pelampau hak kebebasan kerana perkara ini jelas mencabul ketelusan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Di laman sosial Twitter, tanda pagar #tetapbangga ditentang oleh netizen dengan menggunakan hashtag baharu iaitu #tetapnormal.

Mengulas lanjut, Ain berkata, #tetapbangga yang trending itu menjadi bukti bahawa penyakit tiru gaya barat dalam masyarakat sedang membarah.

Beliau secara sinis berkata, ‘ubat’ perlu diberikan segera supaya barah berkenaan tidak terus merebak dan mungkin boleh dihentikan seratus peratus.

“Di dalam al-Quran turut dijelaskan kesan daripada perbuatan songsang yang turut dilakukan oleh kaum Nabi Lut A.S. Janganlah kita mengundang lebih masalah di dalam negara ini dengan membiarkan pengaruh-pengaruh barat terus merebak.

“Watan ini mempunyai prinsip budaya ketimuran yang dikekalkan. Watan ini mempunyai dasar-dasar negara yang lengkap dijalankan. Watan ini mempunyai kehormatan yang perlu didaulatkan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button