Berita UtamaIstimewa

Dakwaan Anwar taktik politik selamatkan Warisan dalam PRN

Patut tunjuk bukti bukan cakap kosong konon dapat sokongan kukuh

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 5 Safar 1442H, Rabu – Dakwaan mengejutkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, hanyalah taktik politik pembangkang untuk menyelamatkan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sepatutnya menunjukkan bukti dakwaannya dengan angka dan bukan sekadar cakap kosong kononnya mendapat sokongan kukuh.

Jika tidak, dakwaan Anwar dalam sidang medianya hari ini hanya dianggap cuba mempermainkan kepercayaan rakyat semata-mata, katanya.

“Bagaimanapun, kelihatan ianya hanya taktik politik sahaja, perang psikologi untuk membantu kempen Warisan dalam PRN Sabah.

“Apatah lagi, ketika mana Shafie Apdal (Presiden Warisan) ketika ini tertekan dengan isu berkenaan pencerobohan Lahad Datu oleh salah seorang calon parti itu.

“Apa pun kita tunggu sahaja kebenaran daripada kenyataannya itu,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam sidang medianya hari ini mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Beliau juga mendakwa, sudah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

“Jumlahnya kukuh dan meyakinkan, jauh daripada majoriti kecil,” katanya tanpa mendedahkan bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button