Berita Utama

Malapetaka! 96,000 wanita gugur janin setiap tahun di Malaysia

Punca sumbang kepada kadar statistik adalah zina berleluasa

BANGI, 5 Safar 1442H, Rabu – Statistik yang menyaksikan seramai 96,000 wanita menjalani pengguguran janin setiap tahun di Malaysia, adalah satu malatapeka kepada negara.

Lebih membimbangkan apabila sebanyak 240 klinik dilaporkan menawar pengguguran janin di seluruh negara, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

“Sebanyak 50,000 hingga 55,000 kes bayi tidak sah taraf dilahirkan di Malaysia menurut JPN.

“Sebanyak 1,010 kes buang bayi juga dilaporkan di antara 2010 hingga April 2019 (atau 100 kes setahun), seperti dilaporkan PDRM.

“Semua angka ini mempunyai sumber dari institusi rasmi yang berdaftar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Prof Zainur Rashid menegaskan, punca utama yang menyumbang kepada kadar statistik berkenaan adalah perbuatan zina yang berleluasa.

“Sejak dahulu telah saya suarakan bencana sosial atau malapetaka sosial negara, namun tidak kelihatan mendapat sambutan dari kalangan pemimpin negara.

“Pelbagai cubaan telah diusahakan. Semoga Allah selamatkan rakyat dan negara ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button