Dunia

Nekad! Palestin letak jawatan Pengerusi Mesyuarat Liga Arab

Kecam perjanjian rasmi negara Arab bersama rejim pengganas Israel

RAMALLAH, 5 Safar 1442H, Rabu – Palestin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Mesyuarat Liga Arab semalam, susulan mengecam sebarang perjanjian negara Arab untuk menjalin hubungan rasmi dengan rejim pengganas Israel. 

Rakyat Palestin menyifatkan perjanjian yang ditandatangani Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain di Washington minggu lalu, sebagai pengkhianatan kepada perjuangan serta usaha mereka untuk mendapatkan sebuah negara merdeka di wilayah yang dijajah Israel. 

Awal bulan ini, Palestin gagal menyakinkan Liga Arab untuk mengutuk negara-negara yang menormalkan hubungan dengan Israel.

Palestin sepatutnya mempengerusikan mesyuarat Liga Arab selama enam bulan akan datang, namun Menteri Luarnya, Riyad al-Maliki memberitahu media di Ramallah bahawa, beliau tidak lagi mahu kekal di posisi itu.

“Palestin telah memutuskan untuk mengakui haknya untuk mengetuai majlis Liga (menteri luar negeri). Sangat tidak hormat apabila negara Arab tergesa melakukan normalisasi selama menjadi pengerusi,” kata al-Maliki. 

Al-Maliki berkata, Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit telah dimaklumkan mengenai keputusan Palestin itu.

Kepimpinan Palestin mahukan sebuah negara merdeka berdasarkan perbatasan de facto sebelum perang 1967, di mana Israel menjajah Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan merampas Baitulmaqdis. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button