Berita Utama

Sempadan batas agama jangan dibuat bahan mainan

Tindakan segera perlu diambil, jadikan pengajaran untuk semua

BANGI, 27 Muharam 1444H, Khamis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang melakukan provokasi terhadap Islam di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan segera perlu diambil supaya perkara ini dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

“Masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum usah dibuat bahan mainan.

“Usahlah kita berperilaku yang melanggar dengan ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila.

“Pastikan untuk sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang lelaki berbangsa Cina memakai songkok dan memakai baju separa bogel ketika KLFW 2022 di ibu negara.

Tindakan tersebut mengundang kecaman orang ramai kerana seolah-olah mempersendakan agama.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button