Berita UtamaDunia

Lagi negara Arab dijangka normalisasi hubungan dengan Israel

AS berharap Arab Saudi turut tandatangan perjanjian damai

WASHINGTON, 6 Safar 1442H, Khamis – Beberapa negara Arab lain akan menandatangani perjanjian damai dengan negara haram Israel dalam satu atau dua hari lagi, kata seorang diplomat kanan Amerika Syarikat (AS), semalam.

“Rancangan kami adalah untuk membawa lebih banyak negara, yang mana kami akan mengumumkan lebih banyak lagi… Satu (negara akan menandatangani) pada satu atau dua hari berikutnya,” kata Duta Besar AS untuk PBB, Kelly Craft kepada Al Arabiya.

Pada Ogos lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan perjanjian dengan Israel untuk menjalin hubungan diplomatik dan menormalkan hubungan.  

Bahrain mengikutinya dan ketiga-tiga negara menandatangani Perjanjian Abraham di White House pada 15 September.

Maghribi, Oman dan Sudan dilaporkan berada di antara negara-negara lain yang ingin menjalin hubungan dengan Tel Aviv di tengah-tengah percubaan diplomatik Washington untuk memanaskan hubungan antara wilayah Arab dan Israel.

Craft menyatakan, AS berharap bahawa Arab Saudi juga menandatangani perjanjian damai dengan Israel.  

“Jelas, kami mengalu-alukan Arab Saudi berada di kedudukan berikutnya. Tetapi yang penting ialah kita fokus pada perjanjian dan kita tidak membenarkan rejim (Iran) mengeksploitasi muhibah Bahrain, Emiriah Arab Bersatu atau Israel.

“Kami ingin membawa semua orang dengan harapan bahawa ini akan memungkinkan warga Iran untuk melihat bahawa orang benar-benar menginginkan perdamaian di Timur Tengah, dan mereka adalah sebahagian daripada perdamaian ini,” kata Craft. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button