Berita Utama

10 varian Delta dikesan dalam tempoh seminggu

Daripada jumlah dikesan 419 kes adalah VOC, 20 lagi VOI

KUALA LUMPUR, 18 Zulhijjah 1442H, Rabu – Hasil kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati sebanyak 10 kes varian Delta (B.1.617.2) COVID-19 dikesan dari 22 Julai hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan kumulatif kes dijangkiti oleh virus COVID-19 yang dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu diberi perhatian (VOI) ialah sebanyak 439 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button