Artikel KhasBerita Utama

Kenyataan media GSPP lancar kempen musim sejuk dan boikot

Tabung Pembebasan Palestin dilancar untuk salur dana secara strategik dari rakyat Malaysia ke Palestin

PERANG Palestin-Israel sudah memasuki hari ke-61 dengan situasi peningkatan serangan kejam oleh rejim Zionis setelah tamat tempoh gencatan senjata selama tujuh hari menyebabkan 16,000 syahid bahkan, setiap 10 minit sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak akan terbunuh.

Rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza terpaksa melalui keperitan hidup apabila 278,000 bangunan musnah menyebabkan lebih 1 juta orang hilang tempat tinggal, 2.3 juta mangsa kebuluran, terputus sumber air bersih, tiada bekalan ubat-ubatan, serta gagal untuk mendapatkan sebarang rawatan.

Ketibaan musim sejuk dengan suhu cuaca setakat ini sudah mencecah 14 darjah celcius menambahkan lagi situasi genting bagi rakyat Palestin. Sebahagian daripada mereka berhadapan dengan situasi hujan lebat dan ribut salji menyebabkan khemah tempat berteduh rosak akibat hentaman cuaca buruk. Lebih memilukan, mereka terpaksa melalui detik-detik sukar untuk terus bertahan menghadapi cuaca sejuk yang boleh mencecah -2 darjah celcius pada waktu malam tanpa sebarang alat pemanas dan kelengkapan pakaian musim sejuk.

Laporan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menyebut, penyakit kulit dan cirit-birit telah meningkat secara mendadak akibat daripada keadaan tidak bersih dan hujan yang ada. Di sesetengah tempat sekitar Semenanjung Gaza mempunyai kadar penyakit 45 kali ganda lebih tinggi daripada tahun sebelumnya akibat daripada musim sejuk dan situasi peperangan yang berlaku sekarang.

Bagi meneruskan usaha pembebasan penuh dan menyokong keteguhan rakyat Gaza untuk terus kekal di situ tidak berpindah serta para pejuang Palestin, GSPP dengan ini mengisytiharkan sebuah fasa perjuangan baharu dalam pembebasan Palestin dengan beberapa strategi berikut:

i. GSPP melancarkan Tabung Pembebasan Palestin yang bertujuan untuk menyalurkan dana secara strategik dari rakyat Malaysia ke Palestin. Keistimewaan tabung ini adalah bertujuan bagi membangunkan infrastruktur dan kemudahan bagi rakyat Palestin melangsungkan kehidupan di sana.

ii. GSPP juga melancarkan Kempen Bantuan Musim Sejuk dengan menyasarkan kutipan sebanyak RM8 juta untuk disalurkan ke bumi Palestin. Kempen ini menumpukan kepada lima segmen bantuan seperti makanan panas, kotak makanan, bantuan klinikal, peralatan musim sejuk, pemanas/kerosin yang akan memberi manfaat kepada 80,000 keluarga di kem-kem pelarian.

Bagi makluman semua pihak, kedua-kedua kutipan ini akan diselaraskan di bawah Yayasan PEMBELA dengan kerjasama badan-badan Palestin di Malaysia. Maklumat lanjut mengenai tabung ini akan dikemaskini dalam laman web dan media sosial GSPP.

iii. GSPP juga ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk melaksanakan jihad ekonomi melalui tindakan boikot secara strategik terhadap entiti-entiti yang dilihat pro-Israel sebagai respon terhadap RUU Amerika Syarikat yang menghalang dana disalurkan kepada kerajaan sah Palestin iaitu HAMAS. Entiti yang perlu diboikot dalam fasa pertama ini ialah McDonald Corporation, Grab, dan Netflix.

Ketiga-tiga entiti ini dilihat mesra kepada Zionis Israel sama ada dengan cara memberi sokongan ekonomi atau sokongan moral kepada mereka. Menurut kajian Rand Corporation, impak boikot terhadap Zionis-Israel boleh menjejaskan ekonomi mereka pada jangkaan sekitar AS$15 bilion dollar setahun.

6. Selain daripada strategi baharu di atas, GSPP secara konsisten sejak awal penubuhan telah berjaya dalam menggerakkan seluruh masyarakat bagi bersama-sama berjuang dalam membebaskan Palestin dari penjajahan Israel. Hampir 2,000 ceramah kesedaran isu perang Palestin-Israel telah berjaya dilakukan, serta kempen-kempen kesedaran awam seperti 11 Minit Untukmu Palestin yang mendapat liputan meluas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sehingga ke hari ini GSPP telah berjaya mendapatkan sokongan 150 badan-badan bukan kerajaan (NGO), ribuan tokoh masyarakat, serta penubuhan cawangan-cawangan GSPP di 14 buah negeri di seluruh Malaysia.

7. GSPP juga telah melancarkan Petisyen 9 Tuntutan Kepada Kerajaan Malaysia bagi menzahirkan sokongan akar umbi rakyat Malaysia dalam mengakhiri konflik Palestin- Israel. Sebanyak 1 juta tandatangan ingin dikumpul melalui petisyen ini dan sudah berjaya mendapat sokongan daripada daripada sebahagian tokoh politik, agamawan, ahli masyarakat, ahli akademik, artis dan masyarakat di seluruh tanah air.

8. GSPP sekali lagi ingin menyeru rakyat Malaysia untuk turut melibatkan diri dalam fasa baharu pembebasan Palestin ini dengan serius, dan tidak lagi membiarkan rakyat Palestin bersendirian dalam menghadapi peperangan dengan memberikan sokongan penuh kepada rakyat Palestin untuk teguh mempertahankan tanah air mereka melalui bantuan wang ringgit, menghentikan pembelian produk yang menyalurkan dana kepada Zionis Israel serta menzahirkan bantahan pembersihan etnik oleh Amerika Syarikat, Israel dan sekutunya.

9. GSPP menegaskan bahawa tiada kompromi dalam isu memindahkan rakyat Palestin ke negara-negara sekitar seperti yang dimahukan rejim Zionis.

10. GSPP sekali lagi menyeru kerajaan Malaysia untuk menggalas tanggungjawab sepenuhnya dalam perjuangan pembebasan Palestin dan bukan lagi sekadar mengeluarkan kritikan-kritikan terhadap Israel dan dunia Barat. Sebaliknya kerajaan Malaysia harus mula melakukan tindakan-tindakan yang lebih tegas seperti tidak

11. Isu Palestin adalah perkara yang sangat dekat dengan jiwa setiap rakyat Malaysia sebagai seorang muslim dan manusia, maka seharusnya usaha yang dilakukan bukan sekadar menyatakan kecaman atau bantahan terhadap Zionis-Israel, tetapi satu bentuk usaha yang secara langsung melumpuhkan entiti Zionis-Israel dan menoktahkan penjajahan rejim tersebut.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

7 Disember 2023

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button