Berita Utama

COVID-19: Kes baharu melonjak 3 angka kepada 111 kes

Libatkan 107 kes penularan tempatan serta 4 kes import

KUALA LUMPUR, 7 Safar 1442H, Jumaat – Kes baharu COVID-19 kembali melonjak kepada tiga angka pada 111 kes, melibatkan 107 kes penularan tempatan serta empat kes import dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul wabak tersebut berjumlah 10,687 dengan 133 kematian.

Katanya, kes penularan tempatan melibatkan 76 rakyat Malaysia dan 31 warga asing, dan Sabah masih menjadi penyumbang kepada majoriti kes iaitu sebanyak 97 berbanding 63 kes dilaporkan semalam.

“Daripada 97 kes yang berlaku di Sabah, 74 kes daripada kluster Bangau-Bangau, 13 kes daripada Kluster Benteng LD, dua kes daripada Kluster Laut, dua kes saringan rujukan ke hospital, dua kes saringan di tempat kerja, dua kes saringan bergejala, satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Tawau dan satu kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa.

“Sepuluh lagi kes penularan tempatan melibatkan lapan kes di Kedah, iaitu tujuh daripada Kluster Sungai dan satu kes SARI di Hospital Sultanah Bahiyah, manakala Pahang dan Selangor masing-masing mencatatkan satu kes saringan bergejala mempunyai sejarah pulang dari Semporna dan Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button