Berita Utama

RUU Kawalan Produk Merokok tak jadi bentang esok

Perlu dibawa dan diluluskan ke Kabinet terlebih dahulu

BANGI, 23 Rabiulawal 1445H, Isnin – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) bagi bacaan kali kedua dilapor ditarik balik dan gagal dibentang oleh Kementerian Kesihatan (KKM), esok.

Penarikan balik RUU berkenaan yang melepasi kajian dan pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen sebelum ini perlu dibentang dan diluluskan oleh Kabinet terlebih dahulu.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan secara terperinci tarikh tepat RUU itu akan dibawa ke Kabinet sekali gus dibentang di Dewan Rakyat.

“RUU ini ditarik balik kerana ia perlu dibawa dan diluluskan ke Kabinet,” kata seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.

Khamis lalu, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, RUU tersebut akan dibentang untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat, 10 Oktober 2023.

Pada 12 Julai lalu, RUU GEG dibentangkan untuk bacaan pertama sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

Hasil penelitian yang dibuat oleh ahli JKPK bagi memantapkan RUU ini supaya ia ini dapat dibincangkan, diteliti dan disokong oleh semua pihak (bipartisan).

Pautan berkaitan:
https://ismaweb.net/2023/10/05/1ruu-kawalan-produk-merokok-dibentang-minggu-depan/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button