Berita Utama

Pemimpin ada kes mahkamah, rasuah perlu undur dari politik

Masa depan negara, agama mesti ditunjangi muslim berwibawa

BANGI, 7 Safar 1442H, Jumaat – Pemimpin dari mana-mana parti politik yang terbabit dengan kes rasuah serta sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah perlu direhatkan atau berundur daripada barisan hadapan politik.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, ini termasuk bekas pemimpin dari UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR dan sebagainya.

“Ia adalah beban berat yang mesti dipikul oleh parti dan negara. 

“Malah ia adalah kanser tahap empat yang mesti dibedah atau pun menjalani rawatan kemoterapi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Prof Zainur Rashid menegaskan masa depan agama, bangsa dan negara mesti ditunjangi oleh pemimpin muslim berwibawa, amanah serta kompeten dengan tanggungjawab diberikan kepada mereka. 

“Jumlah pemain politik di pentas utama sebegini adalah sedikit tetapi kita perlu berusaha ke arahnya demi masa depan yang baharu buat umat dan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button