Berita UtamaDunia

22 maut pesawat terhempas di Ukraine

Dua cedera, empat lagi mangsa masih belum ditemui: Pegawai

KYIV, 8 Safar 1442H, Sabtu – Sebuah pesawat tentera yang membawa 28 penumpang terhempas dan terbakar di timur laut Ukraine, malam tadi.  

Dalam insiden itu sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh, dua cedera parah dan empat lagi masih belum ditemui, lapor pegawai.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, juruterbang dan kadet tentera udara adalah antara mangsa korban yang berada di dalam pesawat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko berkata, usaha mencari mangsa masih sedang giat dijalankan. 

Nahas berlaku sekitar 2 kilometer (1.2 batu) dari lapangan terbang tentera, kata Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine dalam satu kenyataan.

“Mayat 22 orang sudah ditemui, dua orang cedera dan pencarian empat lagi mangsa masih diteruskan,” katanya.

Pesawat itu dalam penerbangan latihan, kata Presiden, Volodymyr Zelenskiy dalam satu kenyataan, memetik maklumat awal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button