Berita Utama

Ahli politik tolonglah fikir kepentingan rakyat, negara

Kenyataan Anwar boleh sebabkan ketidakstabilan ekonomi

BANGI, 8 Safar 1442H, Sabtu – Dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk mengambil alih tampuk pemerintahan hanya menimbulkan kegusaran rakyat di kala negara sedang menghadapi musibah wabak COVID-19.

Sebelum ini Anwar mendakwa, mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu.

Dakwanya lagi, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun tidak mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Mengulas perkara itu, Setiausaha Agung BERJASA, Abd Aziz Sardan berkata, kenyataan Anwar itu sebenarnya boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.

Katanya, krisis dan pergolakan politik yang berlaku dalan negara hanya disebabkan perebutan kuasa.

Justeru, beliau menggesa semua ahli politik supaya tidak mengeluarkan kenyataan sebegini serta menghormati Perlembagaan dan institusi beraja yang telah sekian lama kita dukung.

“Kita minta semua pihak utamakan negara demi kedaulatan dan kesejahteraan negara terutamanya dalam menangani pandemik COVID-19.

“Sama sama memohon kehadrat Allah untuk terus merahmati negara kita dan dijauhkan segala bencana dan malapetaka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button