Berita Utama

COVID-19: 1 juta hilang kerja, kadar pengangguran membimbangkan!

Kerajaan termasuk agensi, pemimpin perlu fokus atasi masalah ini

BANGI, 8 Safar 1442H, Sabtu – Kerajaan perlu memberikan fokus mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. 

Bukan hanya kerajaan, agensi dan pemimpin masyarakat juga digesa memfokuskan pemulihan ekonomi negara serta mencipta peluang pekerjaan bagi menangani isu itu.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, beliau bimbang dengan kadar pengangguran rakyat Malaysia sejak COVID-19 menular di negara ini. 

“Lebih 15,000 orang rakyat Malaysia hilang pekerjaan di Singapura akibat COVID-19. Lebih 150,000 graduan di Malaysia kehilangan pekerjaan akibat COVID-19. 

“Lebih 500,000 belia di Malaysia kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

“Dianggarkan lebih satu juta rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan, kadar pengangguran diunjurkan dalam lingkungan 3.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini, berikutan impak penularan wabak pandemik itu.

Berdasarkan laporan Statistik Utama Tenaga Buruh di Malaysia Mac 2020 yang dikeluarkan DOSM sebelum ini, jumlah penganggur meningkat 17.1 peratus kepada 610,500 dengan kadar 3.9 peratus, daripada angka pada bulan sama 2019.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button