Berita Utama

GRS dakwa bentuk kerajaan Sabah dengan majoriti mudah

Peroleh 37 kerusi berbanding 20 kerusi oleh Warisan Plus

KOTA KINABALU, 8 Safar 1442H, Sabtu – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa membentuk kerajaan baharu Sabah setelah memperolehi majoriti mudah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mendakwa gabungan itu dianggotai BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah memperoleh 37 kerusi berbanding 20 kerusi oleh Warisan Plus setakat ini.

Bung membuat dakwaan tersebut dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO Sabah, di sini, malam ini.

DUN Sabah mempunyai 73 kerusi termasuk 13 kerusi baharu pada pilihan raya kali ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button