Berita Utama

Jalan Raja Laut 1 kini dikenali sebagai Jalan Palestin

Pertukaran nama perluas hubungan dua hala Malaysia, Palestin

BANGI, 8 Safar 1442H, Sabtu – Nama Jalan Raja Laut 1 di Kuala Lumpur secara rasmi ditukarkan kepada Jalan Palestin, hari ini.

Perasmian disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Video tular berdurasi 39 saat menunjukkan, Nor Hisham serta Walid bersama-sama menarik tirai membuka papan tanda nama jalan diiringi tepukan orang ramai.

Difahamkan perasmian itu menjamin dan memperluaskan hubungan dua hala serta menegaskan sokongan rakyat Malaysia terhadap Palestin.

Sementara itu, tinjauan Ismaweb.net mendapati rata-rata netizen menyambut baik penukaran nama itu.

Salah seorang netizen dikenali sebagai Mat Kilau Mohd Noor memuji langkah berkenaan, serta menyifatkannya sebagai tanda persaudaraan Islam.

“Terbaik Malaysia tanda persaudaraan Islam kepada pahlawan-pahlawan Islam Palestin,” katanya.

Sementara, Mamun Alauddin berkata, penukaran nama itu menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa menyokong Palestin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button