Berita Utama

PRN Sabah: Polis terima 199 laporan

Daripada jumlah laporan berkenaan, 62 kertas siasatan telah dibuka

KOTA KINABALU, 8 Safar 1442H, Sabtu – Polis Sabah menerima 199 laporan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 Sept lalu hingga semalam, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hazani Ghazali.

Beliau berkata daripada jumlah laporan tersebut, sebanyak 62 kertas siasatan telah dibuka dan hasil siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Antara kesalahan adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat), Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah), Seksyen 385 Kanun Keseksaan (Pemerasan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 25 (1) (i) Peraturan-Peraturan Pendaftaran (Menggunakan Kad Pengenalan Orang Lain Untuk Mengundi),” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini

Hazani juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk memastikan proses PRN Sabah dapat diadakan dengan lancar hari ini.

“Biar siapa pun mendapat mandat rakyat, polis Sabah kekal bersikap berkecuali dalam memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan negeri Sabah,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button