Berita Utama

SPRM Sabah terima 18 laporan berkaitan rasuah

KUALA LUMPUR, 8 Safar 1442H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima penambahan lapan laporan berkaitan rasuah, sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 September lepas.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, penambahan jumlah berkenaan dicatat sehingga tempoh berkempen berakhir 12 tengah malam tadi.

“Sebelum ini, SPRM Sabah menerima 10 laporan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan diterima sebanyak 18 laporan sehingga kini,” katanya ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

Pada 24 September lepas, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki memaklumkan, sejumlah 10 laporan berkaitan rasuah dilaporkan sejak tempoh kempen PRN Sabah bermula, dengan satu kertas siasatan dibuka melibatkan dua individu disyaki menerima wang tunai untuk diagihkan kepada pengundi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button