Berita UtamaDunia

16 maut keracunan karbon monoksida di China

Pekerja terperangkap di bawah tanah lombong arang batu

BEIJING, 9 Safar 1442H, Ahad – Enam belas pekerja maut manakala seorang lagi kritikal setelah terperangkap di bawah tanah, di sebuah lombong arang batu di barat daya China pada Ahad.

Memetik agensi berita Xinhua, pemerintah berkata, sebuah tali sawat yang terbakar di lokasi kejadian pada awal pagi tadi menyebabkan penghasilan gas karbon monoksida yang berbahaya.

Pemerintah daerah Qijang dalam kenyataan di laman sosial Weibo berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan.

Sementara itu, pasukan perubatan sedang berjuang untuk menyelamatkan nyawa mangsa yang masih hidup.

Lombong Songzao Coal Mine dimiliki oleh firma tenaga negeri Chongqing Energy dan terletak di luar bandar Chongqing.

Kemalangan di kawasan perlombongan adalah perkara biasa terjadi di negara tanah besar itu, di mana industri berkenaan mempunyai rekod buruk dari segi keselamatan serta peraturan yang tidak ketat.

Sekurang-kurangnya 14 pelombong terbunuh dalam satu letupan arang batu dan gas pada Disember lalu di sebuah lombong di wilayah Guizhou barat daya.

Pada Disember 2018, seramai tujuh pelombong terbunuh di Chongqing akibat ditimpa serpihan penyambung konkrit yang pecah.

Oktober tahun sama, 21 pelombong maut di wilayah Timur Shandong akibat daripada tekanan di dalam lombong menyebabkan batu pecah dan memerangkap pekerja.

Hanya seorang pelombong berjaya diselamatkan dalam kejadian itu. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button