GRS menang majoriti mudah
PN menang 17 kerusi, BN 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah 7 kerusi

KOTA KINABALU, 9 Safar 1442H, Ahad – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), GRS gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Majoriti mudah 38 kerusi itu diperoleh hasil kemenangan parti gabungan tersebut yang mana PN (17 kerusi), BN (14 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (7 kerusi).
Warisan dan gabungannya – PKR, DAP dan UPKO menang 32 kerusi. Sementara, tiga DUN lagi dimenangi calon Bebas.
PRN Sabah diadakan berikutan pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meluluskan permohonan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.