Berita Utama

Liga Super: Kedah terkandas, JDT hampir pasti juara lagi

Kedah kekal di tangga ketiga dengan 16 mata, berbaki 2 perlawanan

KUALA LUMPUR, 9 Safar 1442H, Ahad – Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mencabar juara enam kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT), untuk gelaran Liga Super 2020 apabila tewas 2-1 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. 

Kedah bermula baik apabila membuka jaringan menerusi penyerang import dari Ivory Coast Tcheche Hermann Kipre, pada minit ke-15, namun skuad Tok Gajah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Adam Reed pada minit ke-40.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, skuad kendalian Dollah Salleh tidak memberikan masa buat Kedah, menerusi jariangan Nik Muhammad Sharif Mohd Lazim, pada minit ke-46.

Keputusan itu menyaksikan Kedah kekal di tangga ketiga dengan 16 mata dengan berbaki dua perlawanan, manakala JDT yang gah di persada carta dengan 23 mata, hampir pasti meraih kejuaraan ketujuh, diikuti Perak di tempat kedua dengan 17 mata.

Sekiranya JDT tewas dalam kedua-dua baki perlawanan sekalipun, Perak hanya mampu mengugat kedudukan skuad Harimau Selatan itu, jika menang dengan jumlah jaringan yang besar kerana skuad kendalian Benjamin Mora, memiliki kelebihan jaringan sebanyak 17 gol, berbanding Perak yang hanya memiliki kelebihan tiga gol. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button